Wow! Bayaran Ronaldo dari Instagram Dua Kali Milik Messi!

Bayaran Ronaldo dua kali ganda berbanding Messi di Instagram

LONDON- Percaya atau tidak, Cristiano Ronaldo menerima bayaran sebanyak dua kali ganda di Instagram berbanding Lionel Messi.

Menurut laporan portal The Sun, penyerang Juventus itu memperoleh pendapatan terkumpul £38.2 juta (RM205 juta) dari keseluruhan posting di Instagram sepanjang 2018.

Beberapa produk yang membayar Ronaldo untuk posting berbayar di Instagram termasuklah Clear, Nike, Sixpad Europe dan Panzer Glass.

Messi pula sekadar memperoleh pendapatan terkumpul £18.7 juta (RM100.4 juta).

Untuk rekod, pendapatan yang diraih Ronaldo juga jauh lebih tinggi berbanding beberapa selebriti terkenal Hollywood.

Kendal Jenner misalannya, meraih £12.7 juta (RM68.1 juta) sementara Selena Gomez pula sekadar meraih pendapatan terkumpul £6.4 juta (RM34.3 juta).

Bagaimanapun, Jenner masih melakar bayaran tertinggi untuk satu posting apabila dibayar £1.01 juta (RM5.4 juta) berbanding Ronaldo iaitu £780,000 (RM4.18 juta). – Agensi

Daftar Bayaran Tertinggi di Instagram 2018

1. Cristiano Ronaldo – £38.2 juta (RM205 juta); £780,000 sekali posting

2. Lionel Messi – £18.7 juta (RM100.4 juta); £518,000 sekali posting

3. Kendal Jenner – £12.7 juta (RM68.2 juta); £489,000 sekali posting

4. David Beckham – £8.6 juta (RM46.2 juta); £286,000 sekali posting

5. Selena Gomes – £6.4 juta (RM34.4 juta); £709,000 sekali posting

6. Neymar – £5.8 juta (RM31.1 juta); £578,000 sekali posting

7. Zlatan Ibrahimovic – £3.2 juta (RM17.2 juta); £160,000 sekali posting

8. Kyle Jenner – £3 juta (RM16.1 juta); £1.01juta sekali posting

9. Ronaldinho – £2 juta (RM10.7 juta); £205,000 sekali posting

10. Khloe Kardashian – £975,000 (RM5.25 juta); £478,000 sekali posting