Terbuka Australia: Pusingan kelayakan ditunda kerana asap

Pusingan kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Australia terpaksa ditunda kerana kualiti udara yang berbahaya susulan kebakaran hutan yang melanda Australia menjejaskan ,.

Perlawanan yang sepatutnya berjalan pada jam 10 pagi waktu tempatan itu terpaksa ditunda selama sejam kerana asap tebal yang melanda venue kejohanan.

Kebakaran itu mula melanda Australia sejak beberapa bulan lalu dan ia menimbulkan kegusaran mengenai keselamatan pemain dan penonton dalam kejohanan grand slam pertama berkenaan.

Kualiti udara menjejaskan kejohanan itu dengan Terbuka Australia mengumumkan bahawa sesi latihan pagi ini turut dibatalkan.

“Sesi latihan pagi ini dibatalkan buat sementara waktu kerana kualiti udara yang tidak baik,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan.

“Pusingan kelayakan akan bermula pada jam 11 pagi.

“Keadaan semakin baik dan sentiasa diawasi.

“Keputusan lanjut akan dibuat berdasarkan data semasa dan nasihat daripada pasukan perubatan kami, Biro Meteorologi dan saintis daripada EPA Victoria.

“Seperti kebiasaan, kesihatan dan keselamatan pemain kami, kaki tangan kami dan penyokong kami adalah satu keutamaan.”

Kualiti udara di Melbourne mencapai tahap “berbahaya” dan “amat buruk” sejak tengah malam tadi berdasarkan bacaan Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar Victoria.

Sumber – Stadium Astro

Most Popular

Bapa ingatkan Da’i Syed jangan perguna agama

SELEPAS nama anaknya viral dalam media sosial semalam kerana terlibat dengan dakwaan serius merogol seorang wanita, bapa kepada pendakwah muda Da’i Syed...

Nenek berumur 100 tahun mati terkejut ketika cuba diperkosa jiran

SEORANG lelaki di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun ketika dia cuba merogol mangsa,...

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...