Gunung Berapi Taal Meletus, Cantik Tapi Membinasakan

Semalam, gunung berapi Taal yang terletak di daerah Batangas, Filipina tiba-tiba mengeluarkan debu tebal sekali gus mencetuskan panik.

Debu gunung berapi tersebar sejauh Bandar Quezon di utara Manila menyebabkan 8,000 penduduk terpaksa dipindahkan kerana khuatir gunung berapi itu akan meletus pada bila-bila masa.

Ramalan tersebut ternyata tepat apabila Taal akhirnya memuntahkan lava awal Isnin diikuti dengan petir yang sambar menyambar serta gempa bumi.

Gunung Taal dikenali sebagai gunung berapi terkecil di dunia dan yang kedua teraktif di Filipina. Bukan sahaja ia meletus tanpa amaran malah ia mencecah peringkat ke-4 dalam masa yang singkat.

Berikutan itu, lapangan terbang antarabangsa Manila serta pejabat dan sekolah yang berhampiran terpaksa ditutup akibat debu tebal.

Walaupun debu gunung berapi tidak toksik, ia mengandungi cebisan-cebisan batu dan kaca volkanik yang ternyata dapat mendatangkan bahaya kepada salur pernafasan manusia.

Sementara itu ramai yang berkongsikan di media sosial tentang situasi yang sedang berlaku di negara itu.

Beberapa foto dan video yang tular menunjukkan kehebatan dan kecantikkan fenomena itu walaupun kesannya membawa binasa.

Orang ramai turut berkongsi langkah keselamatan bagi mereka yang berada berhampiran kawasan letusan gunung berapi itu.

 

Sumber – twitter

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass pada Rabu.

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...