Mourinho: Kane mungkin berehat hingga April, Mei, musim depan

LONDON, ENGLAND - AUGUST 25: Harry Kane of Tottenham Hotspur during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Newcastle United at Tottenham Hotspur Stadium on August 25, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Jose Mourinho menegaskan dia tidak pasti mengenai perkembangan kecederaan Harry Kane dan tidak tahu sama ada penyerang Tottenham Hotspur itu akan berehat hingga April, Mei atau musim depan.

Kane disahkan memerlukan pembedahan di paha kirinya minggu lalu dan akan berehat untuk sekurang-kurangnya hingga April depan selepas mengalami kecederaan ketika menjaringkan gol ke atas Southampton pada malam tahun baru.

Pemain berusia 26 tahun itu diharapkan dapat kembali sihat bagi memperkuatkan Spurs menjelang penghujung musim ini dan mewakili England dalam Euro 2020.

Menjelang perlawanan ulangan menentang Middlesbrough dalam pusingan ketiga Piala FA awal pagi esok, Mourinho ditanya mengenai perkembangan kecederaan Kane dan adakah dia perlu membawa masuk seorang penyerang baru selepas dikaitkan dengan pemain AC Milan, Krzysztof Piatek.

Mourinho berkata: “Kami mencuba yang terbaik. Kami tiada berita mengenai Harry dan jika anda terus bertanyakan mengenainya setiap kali kami di sini, jawapannya tetap sama.

“Kami menjangkakan dia akan berehat sehingga, saya tidak tahu, mungkin pertengahan April, penghujung April, Mei, musim depan, saya tidak tahu.

“Saya tidak mempunyai sebarang perkembangan mengenai Harry.

“Saya fikir pasaran pemain pada bulan ini adalah pasaran yang aneh.

“Adakalanya peluang itu tiba dan adakalanya tidak.

“Adakala pasukan sudah bersedia untuk menjual atau meminjamkan (pemain) dan adakala tidak.

“Ia hanya satu jendela peluang dan adakalanya peluang itu ada dan adakalanya tidak,” katanya.

Mourinho berasakan masalah kecederaan Spurs — bermula dengan kecederaan buku lali Ben Davies sejak pengurus berbangsa Portugis itu mengambil alaih pasukan — telah menyukarkannya untuk melakukan perancangan jangka panjang.

Bekas jurulatih Chelsea dan Manchester United itu menambah: “Kami lebih kepada situasi di mana kami mencuba untuk mencipta pasukan yang boleh bermain esok dan memberikan jaminan kemenangan.

“Jika anda ingin tahu apa yang saya mahu lakukan di sini, lihat kepada perlawanan pertama saya ketika menentang West Ham.

“Itulah yang saya fikirkan untuk membina pasukan ini.

“Bertahan dengan empat pertahanan, menyerang dengan tiga pertahanan.

“Ia bermakna bek kiri saya akan menjadi bek kiri dan apabila kami menggunakan formasi menyerang, bek kiri saya akan menyertai tiga pertahanan di bahagian belakang.

“Ketiga-tiga pemain pertahanan itu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan bek kanan dan melakukan banyak perkara lain di bahagian sebelah lagi.

“Itulah cara saya mahu membina pasukan ini.

“Ia hari pertama yang tidak bertuah, selamat tinggal Ben Davies dan kemudian saya fikir semuanya bermula dengan Hugo Lloris.

“Anda kehilangan kapten untuk tempoh yang panjang dan saya kehilangan Ben.

“Kami mencubanya dengan pemain lain dan kemudian, anda kehilangan seorang lagi pemain, dan seorang lagi, dan anda kehilangan Kane, dan anda tiada penyerang.

“Anda pergi menentang Middlesbrough dengan meletakkan Lucas (Moura) dan Sonny (Son Heung-min) di bahagian depan.

“Tetapi kemudian anda sedar pasukan ini lebih selesa dengan permainan terbuka dan anda perlu meletakkan seorang daripadanya di sebelah tepi… berbeza dengan membinanya seperti sesuatu yang anda lihat.

“Teka-teki itu sedang tiba dan kami sedang membinanya,” katanya lagi.

Sumber – Stadium Astro