Simon McMenemy Dilaporkan Enggan Menyertai Skuad Garuda Untuk Perlawanan Menentang Malaysia

Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria memastikan Simon McMenemy akan kekal bersama pasukan kebangsaan Indonesia ketika menghadapi pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa – 19/11/2019

Sebelum ini, Simon McMenemy dilaporkan enggan menyertai skuad Garuda untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 menentang Harimau Malaya setelah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan pemecatannya sebagai ketua jurulatih pada minggu lepas.

Walau bagaimanapun, Ratu Tisha tidak dapat mengesahkan peranan atau tugas Simon McMenemy ketika menghadapi Malaysia kerana tugas akan diserahkan kepada dua pembantunya, Yeyen Tumena dan Joko Susilo.