Bukan Tuju Kepada Sesiapa – Andi Bernadee

Berkongsi keratan doa di laman IG story miliknya semalam, ramai yang bertanyakan sama ada pemergiaan Andi Bernadee menunaikan umrah kali ini ada kena mengena dengan perbuatan dendam mana- mana pihak.

Menjelaskan doa yang dikongsi itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, kata Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 28, pilihan untuk menunaikan umrah kali ini dibuat tanpa perancangan awal sebenarnya.

Doa yang saya tulis itu tidak dituju kepada mana-mana pihak secara terbuka sahaja. Ini merupakan umrah kali kedua saya tahun ini.

Jujurnya pada mulanya tidak merancang pun. Kali ini hanya ke Mekah sahaja dan akan berada di sini selama enam hari,” katanya.

Sementara itu kata penyanyi yang popular menerusi lagu Donde ini, dia juga sebenarnya takut terleka dengan apa yang dimilikinya kini.

Saya tidak mahu terleka, jadi ibadah ini saya buat tanda kesyukuran ke atas rezeki yang diberikan,” katanya kepada The News.

Most Popular