Bayi 23 Bulan Maut, 89 Kesan Kecederaan Di Badan Disyaki Didera Ibu Bapanya

Kematian bayi lelaki berusia 23 bulan dengan 89 kesan kecederaan di badan membawa kepada penahanan pasangan suami (42) isteri (37) & seorang lagi kenalan ibu mangsa (33), yang disyaki mendera mangsa. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4 November selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan sudah tidak bernyawa. 

Terdahulu, doktor cuba memberi bantuan kepada mangsa tetapi tiada sebarang respon yang diterima dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi. 

Pemeriksaan mendapati, terdapat kesan luka di bahagian dagu, atas kening sebelah kanan mangsa bengkak dan luka di kemaluan serta kesan lebam di bahgian badan dan parut di kedua tangan dan kaki. 

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras. 

Selain itu, terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa yang merupakan anak bongsu dari empat beradik. 

Siasatan juga mendapati, ibu mangsa mengalami kemurungan. 

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga penjawat awam terbabit untuk siasatan lanjut.

Sumber : Harian Metro