Saksikan Perlawanan Malaysia vs Thailand Malam Ini.

Misi tampak sukar pada perlawanan hari khamis ini. Di stadium Bukit Jalil sekali lagi menjadi medan pertembungan diantara pasukan malaysia vs Thailand 14 november 2019. Perlawanan yang lepas persahabatan kita berjaya menewaskan pasukan Tajikistan 1-0. Satu jaringan tunggal oleh Safawi Rashid sudah tentunya menutup pengkritik bahawa safawi rashid tidak mampu menjaringkan gol untuk pasukan negara.

Namun perlawanan sebenar pastinya ada lebih sukar untuk bertemu dengan pasukan Thailand tidak akan semudah itu. Gerakan Shafawi Rashid pastinya akan dikekang dan dirantai. Itu jurulatih Thailand sudah tahu. Apa taktikal yang sesuai untuk pasukan malaysia. Kita menagih penyokong semua turun ke stadium pada hari khamis ini walaupun hari biasa, namun harapnya pasukan kita dapat memberi tekanan kepada pasukan pelawat , Thailand nanti.

Pada perlawanan yang lepas kita tewas tipis keatas pasukan Vietnam 0-1. Takkanlah kita nak kalah lagi ditempat sendiri. Kita mahukan keputusan positif, tiga mata benar-benar ditagih jika mahu meneruskan perjuangan dalam konteks semangat hang tuah. Melayu pantang dicabar!!

KEDUDUKAN KUMPULAN G :

  1. THAILAND 7 MATA
  2. VIETNAM 7 MATA
  3. UAE 6 MATA
  4. MALAYSIA 3 MATA
  5. INDONESIA 0 MATA

Pasukan Thailand ini unik sebab mampu menewaskan pasukan lawan, UAE 2-1. Itu yang kita mahukan buat skuad kebangsaan harus bangkit dari kegagalan yang lepas harus jangan dikenang kembali. Move on dan buat homework dan jalankan research yang lebih mendalam untuk bersaing dalam group G ini.

Buat masa ini, pasukan Malaysia berada pada tangga keempat kumpulan G, dengan satu kemenangan dan dua kekalahan berbanding Thailand yang berada di tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan. Justeru, perlawanan peringkat kumpulan yang keempat ini amat penting bagi Malaysia bagi memperbaiki kedudukan dalam kumpulan G.