Malaysia Top Make Up Artist tawar RM 50,000

Tidak sekadar mahu mencungkil bakat, program realiti baharu, Malaysia Top Make Up Artist (MUA) juga bakal memberi pengalaman berbeza buat peserta.

Berkongsi impian yang juga pemilik idea Malaysia Top Make Up Artist (MUA) Datuk Alha Alfa menjelaskan program ini kelak dilihat sebagai satu platfom untuk mermartabatkan kerjaya jurusolek.

Dalam program ini kami tidak sekadar mahu peserta berkongsi minat dalam bidang solekan tetapi dalam masa yang sama pengisian yang akan diberikan kepada peserta membantu mereka ini untuk pergi lebih jauh.”

Jujurnya ini adalah impian saya untuk menyumbang kembali kepada mereka yang mempunyai minat yang sama. Semoga melalui program ini mampu mermatabatkan kerjaya seorang jurusolek di negara ini,” katanya pada majlis sidang media Malaysia Top Make Up Artist (MUA) yang berlansung semalam.

Sementara itu bagi mereka yang berminat boleh berkongsi video demonstrasi solekan selama satu minit menggunakan produk Alha Alfa iaitu set Boarderless kepada penganjur mulai hari ini hingga 4 Disember depan.

Bakal disiarkan 15 Februari tahun depan, selama 30 minit di Astro Ria, hadiah utama program ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000.