Henry Golding dalam senarai TIME 100 Next 2019

Pelakon antarabangsa yang berasal dari Malaysia, Henry Golding telah disenaraikan dalam TIME 100 Next yang meletakkan dia sebagai antara individu paling berpengaruh di dunia.

Pelakon yang berasal dari Betong, Sarawak itu, dikategorikan sebagai individu yang semakin menyinar membentuk masa depan dalam bidang yang diceburinya.

Selain Golding antara mereka lain yang turut berada dalam senarai adalah Bad Bunny, Lil Nas X, Blackpink, Lily Singh, Liza Koshy, Camila Cabello, Lili Reinhart, Jason Reynolds, Maggie Rogers, Beanie Feldstein dan ramai lagi.

Ternyata pemilihannya ini juga tidak sekadar membanggakan rakyat Malaysia tetapi , seorang lagi anak Malaysia yang turut mencipta nama di luar negara Tan Sri Michelle Yeoh.

Menjelaskan dia sangat bernasib baik untuk mengenali Golding yang disifatkan dia sebagai seorang yang sentiasa merendah diri.

Kali pertama bertemu dengan Henry Golding, saya sangat teruja kerana pengarah Crazy Rich Asians , Jon M. Chu telah ketemukan saya dengan seorang anak yang sempurna.

Merupakan kemunculan pertamanya dalam filem dan pengalaman berada dalam produksi yang besar. Bagaimanpun dia mampu menyampaikan nilai persembahan yang terus membuktikan dia mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Tambah Yeoh dia sangat berbangga dengan pencapaian actor berusia 37, selain menamakan Golding sebagai “one global culture” memandangkan Golding lebih senang memperkenalkan diri sebagai orang Asia walaupun dia mempunyai darah kacukan Iban-British.

Sementara itu Golding dan Yeoh akan kembali dalam filem terbaharu mereka berjudul Last Christmas yang akan mula ditayangkan pada 28 November depan. Selain itu juga dua lagi filem Golding akan turut ditayangkan tahun hadapan adalah The Gentlemen dan Snake Eyes.