Real Madrid Dihampakan Kebangkitan Lewat PSG & Kecemerlangan Navas

Highlight UCL :

Paris St-Germain memerlukan kebangkitan minit akhir untuk mengikat Real Madrid – dalam aksi untuk menentukan juara kumpulan A.

Real Madrid ternyata pasukan yang lebih baik dan dominan dalam aksi ini. Karim Benzema beraksi pada prestasi terbaik beliau.

Real Madrid melakukan 27 percubaan ke arah gawang PSG, dengan 12 adalah tepat. Ianya membuatkan Keylor Navas sangat sibuk di gawang gol dengan melakukan beberapa siri ‘saves’.

Jika tidak kerana Keylor Navas, PSG pastinya dibolosi dengan lebih banyak gol.

Real Madrid di hadapan menerusi Karim Benzema yang menyempurnakan gol pada minit ke-7.

Selepas itu, Real Madrid melakukan beberapa ancaman gol ke arah PSG. Namun mereka gagal untuk menambah gol kedua.

PSG hampir mendapat penalti apabila Mauro Icardi dijatuhkan, namun selepas pemeriksaan VAR, pengadil memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti.

Sehinggalah pada minit ke-79, apabila Karim Benzema menambah gol menerusi tandukan jarak dekat.

Hasrat Real Madrid untuk mendapat 3 mata dan menjadi juara kumpulan, tidak kesampaian.

Ini apabila kealpaan pertahanan mereka membuatkan mereka melepaskan 2 gol dalam jarak kurang 4 minit pada babak akhir perlawanan.

Pada minit ke-81, Kylian Mbappe mendapat peluang gol selepas keadaan bercelaru di antara Varane dan juga Courtois.

Sarabia kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi satu rembatan ke penjuru atas gol dari dalam kotak penalti.

Gareth Bale dimasukkan pada masa kecederaan, menggantikan Eden Hazard yang mengalami kecederaan di buku lali. Bale hampir memberikan gol kemenangan kepada Real Madrid. Namun sepakan percumanya terkena tiang gol.

Tamat perlawanan, Real 2 PSG 2.