Samun Kilang Tembaga, Bapa Dan Anak Saudara Diberkas Bersama Tiga Lelaki Lain

PULAU PINANG Penahanan seorang lelaki bersama anak saudaranya berusia 30 dan 37 tahun di rumah mereka kawasan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, Jumaat lepas berjaya membongkar kes samun kilang tembaga di kawasan perindustrian Perai.

Susulan itu, polis turut menahan tiga lagi lelaki berusia antara 23 hingga 34 tahun termasuk seorang warga Myanmar di percayai mempunyai kaitan dengan kegiatan geng itu dalam serbuan berasingan sekitar Bukit Mertajam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah, sebelum itu pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian samun yang berlaku pada 12 tengah malam pada 17 November lalu menyebabkan kerugian hampir puluhan ribu ringgit.

Siasatan menemukan, lelaki berusia 37 tahun itu adalah juruteknik di kilang berkenaan dan dipercayai bertindak sebagai perancang utama kejadian samun tersebut.

Ke semua lima lelaki itu direman selama tujuh hari sejak Sabtu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata tajam.

Sumber : Berita RTM