Nassier Wahab Meninggal Dunia, Pemergian Allahyarham Satu Kehilangan Besar Kepada Industri Muzik

Nassier menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada jam 12.45 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Nassier Wahab, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 12.45 tengah malam tadi. Persatuan Seniman dalam satu kenyataan menyifatkan pemergian mengejut Allahyarham satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air.

Nassier, 57, sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, 1 Jun lalu.

Difahamkan sakit dibahagian rahang itu bermula sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi.

Berasal dari Pulau Pinang, antara lagu yang cukup sinonim dengan kerjaya Allahyarham adalah Sekali Aku Jatuh Cinta.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah.

 


Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, untuk urusan pengebumian. Allahyarham Datuk Nassier, 57 tahun pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, pada 1 Jun lalu.

Allahyarham yang memulakan karier sejak era 1980-an, berasal dari Pulau Pinang dan aktif menyanyi serta berlakon. Antara artis yang seangkatan dengannya ialah Shidee, Razis Ismail, Datuk Jamal Abdillah dan Ramlah Ram.

Antara lagu Allahyarham adalah Memori Cinta Luka, Bayangan Wajah Luka, Sebuah Janji Tak Bereti, Sekali aku Jatuh Cinta dan Undangan Rindu.

Allahyarham juga memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Joseph Chamber lain Collage Birmingham United Kingdom.