Kanak-kanak Disyaki Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia

Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada jam 10.41 semalam.

Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Berkongsi kisah sedih ini kepada Berita Harian melalui aplikasi WhatsApp, bapa kanak-kanak ini Muhammad Noor Ain, 38, memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.

“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita menerusi WhatsApp.