Lee Zii Jia berjaya kecewakan penyokong Perancis

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya patahkan harapan pemain Perancis untuk mara ke peringkat seterusnya apabila menang perlawanan terakhir Kumpulan M di Plaza Sukan Musashino Forest sebentar tadi.

Perlawanan berjaya dikawal konsisten dengan memperoleh mata 21-17,21-5 berdepan Leverdez meskipun perlawanan sengit pada pusingan pertama.

Zii Jia mengikat kemenangan menerusi aksi selama 33 minit ketika berdepan Leverdez yang satu ketika dahulu pernah menundukkan Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Dunia 2017 dan Terbuka Denmark 2016.

Atlet negara berusia 23 tahun itu yang dilihat menjadi penyambung generasi Chong Wei dikatakan membuat persiapan rapi sebelum berentap di perlawanan.

Pada Ahad lalu, Zii Jia turut menang mudah selepas menewaskan pemain Ukraine, Artem Pochtarov 21-5, 21-11 dalam perlawanan pembukaan berkenaan.