Kubur digali semula kerana takut isteri jadi pocong sebab lupa buka ikatan kepala mayat

KUBUR seorang wanita tahun terpaksa digali semula selepas keluarganya terlupa untuk membuka ikatan di kepala mayat ketika mengebumikannya pada minggu lalu.

Permintaan menggali semula kubur itu dibuat oleh suami mendiang yang mendakwa dirinya sering didatangi isterinya di dalam mimpi yang meminta ikatan kepala dibuka, lapor Kosmo.

WN ialah penjual makanan di Bogor, Jawa Barat dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Hubungan Masyarakat Desa Bulusan, Kecamatan Karangdowo, Heri Purwoko mengesahkan kejadian itu dan memberitahu ketika proses pengebumian terdahulu, anggota pengebumian tidak membuka keranda yang tiba dari hospital.

“Ya, benar. Memang ada kubur salah seorang penduduk di sini digali semula kerana ikatan pocong atau ikatan di kepala lupa dileraikan.

“Namun proses ini tidak melibatkan petugas kesihatan kerana mangsa meninggal akibat serangan jantung dan bukan Covid-19,” jelas Heri.

Proses tersebut berjalan lancar dan mayat kembali dikebumikan sebaik sahaja ikatan kepala dileraikan. 

Sumber: Kosmo