Kento Momota, dua pegawai sukan pulang ke Jepun

SEPANG: Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan dua pegawai sukan Jepun yang cedera dalam kemalangan awal pagi Isnin di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini untuk pulang ke Jepun.

Momota dan dua pegawai sukan itu tiba di KLIA kira-kira 8.10 pagi dalam tiga kenderaan berasingan dan disambut oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Mereka yang memakai topeng muka kemudiannya dibawa menaiki “buggy” di balai pelepasan KLIA serta dikawal ketat.

Mereka kemudian dibawa ke bilik VVIP KLIA sebelum berlepas menaiki penerbangan ke Jepun yang dijadualkan pada 9.40 pagi.

Momota dan dua pegawai berkenaan keluar dari Hospital Putrajaya malam tadi dan menginap transit di sebuah hotel berhampiran KLIA sebelum berlepas ke Jepun untuk penerbangan pagi.

 

Momota tiba di KLIA pagi ini untuk pulang ke Jepun. –fotoBERNAMA

Dalam kejadian 4.40 pagi Isnin, van yang membawa Momota dan tiga lagi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori, menyebabkan pemandu van B. Nageswarau, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain Momota, turut cedera ialah pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35; pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42; dan William Thomas, 30, seorang operator sistem Hawkeye.

Momota menjuarai kejohanan Masters Malaysia dengan menumpaskan bekas juara dunia dari Denmark Viktor Axelsen di peringkat akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad.

Sumber – BERNAMA

Most Popular

Anggota PGA maut ditembak penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand, rakan kritikal

SEORANG anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di pos sempadan Malaysia - Thailand dilaporkan maut akibat ditembak dalam kejadian awal...

Sudahla dicabul guru sendiri, pelajar ini dikecam pula burukkan imej Thailand

SEORANG wanita di Thailand dikecam kerana mengetengahkan isu gangguan seksual melibatkan sistem pendidikan dalam protes menentang kerajaan di Bangkok, baru-baru ini.

Suspek yang sama! Peragut dah cuba ‘buat hal’ di restoran Gombak sebelum tumbuk muka wanita di farmasi Setapak

DUA lelaki yang bertindak melakukan jenayah ragut di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak pada Sabtu lalu dikatakan cuba meragut seorang wanita...

Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, angkara manusia atau hantu?

BUNYI ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih...