Jengkel lihat Messi punya lebih banyak Ballon d’Or daripada Ronaldo — Sarri

31

Pengurus Juventus, Maurizio Sarri, berkata adalah sesuatu yang “sangat menjengkelkannya” bahawa seseorang telah memenangi lebih banyak anugerah Ballon d’Or daripada bintangnya, Cristiano Ronaldo.

Ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi, mengatasi Ronaldo untuk rekod kemenangan Ballon d’Or selepas ditabalkan dengan gelaran individu keenamnya itu bulan lalu. 

Senario itu terjadi sedangkan Ronaldo membantu Juve untuk meraih gelaran Serie A yang kelapan berturut-turut selain menjulang Portugal dalam kempen sulung Liga Negara-Negara. 

Lantas, Sarri berazam untuk mengangkat Ronaldo — yang sekadar menjadi penonton dalam kemenangan 4-0 ke atas Udinese dalam pusingan 16, Coppa Italia awal pagi tadi akibat masalah kesihatan — bagi menambah koleksi Ballon d’Or untuk berdiri seiring dengan Messi. 

“Saya ingin membantu Cristiano memenangi Ballon d’Or yang keenam,” kata Sarri kepada pemberita selepas perlawanan di Turin itu.

“Ia benar-benar sesuatu yang menjengkelkan saya apabila memikirkan bahawa seseorang telah memenangi lebih banyak (Ballon d’Or) berbandingnya. Saya bercadang untuk membantunya dan saya fikir ia akan menjadi matlamat saya dan pasukan.

Baca juga:   Bola Sepak : Ibrahimovic teruja kembali sarung jersi Milan

“(Paulo) Dybala akan menjadi salah seorang pesaing (gelaran itu) pada tahun-tahun akan datang, saya fikir itulah yang akan berlaku.”

Ronaldo sekadar menjadi pemerhati ketika skuad The Old Lady itu memastikan kemaraan menerusi aksi Dybala yang mempesonakan.

Dybala bergandingan dengan Gonzalo Higuain untuk membuka tirai gol pada minit ke-16 selepas menghasilkan gabungan yang menakjubkan sebelum melengkapkan gerakan itu dengan melencongkan bola melepasi Nicolas ketika permainan mencecah usia sejam di samping terlebih dahulu menyempurnakan sepakan penalti dalam babak pertama.

Dia kini telah meledak 11 gol dan Sarri menambah: “Dybala merupakan pemain handalan. Seperti mana pemain yang hebat ketika mereka mempunyai keyakinan dan pada usia yang tepat, aksinya setaraf pemain handalan. 

“Saya tidak fikir pengurus boleh mengajar sesuatu kepada pemain handalan. Dybala akan meninggalkan kesan dalam bola sepak dunia dan Eropah pada tahun-tahun akan datang.

“Dia kini berada pada umur yang tepat untuk meninggalkan kesan dan kariernya masih panjang. Dia mempunyai keyakinan pada masa ini selepas berdepan beberapa kesulitan pada masa lalu.”

Baca juga:   Simon McMenemy Dilaporkan Enggan Menyertai Skuad Garuda Untuk Perlawanan Menentang Malaysia

 

Sumber –  Stadium Astro