“Seolah otak di lutut” – Netizen kagum dengan keberanian pembaca berita ini

BANYAK pihak yang kesal, termasuk selebriti dan individu ternama apabila mendapat tahu tentang berita peniaga yang dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000 walaupun mereka berniaga di hadapan rumah sahaja.

Walaupun peniaga terlibat boleh membuat rayuan terhadap kompaun, isu ini akan disiasat lebih terperinci oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini, daripada perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter Zulhelmiekhari telah mendapat perhatian warganet mengenai ayat padu yang diluahkan oleh seorang pembaca berita mengenai isu ini.

Video yang dikongsi oleh Zulhelmiekhari

Video tersebut menunjukkan pemberita, Luqman Hariz berkata, “ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut…” dengan nada kurang puas hati.

Jelasnya dalam rakaman yang dimuat naik, tindakan itu disifatkan seolah ‘otak di lutut’ kerana mereka yang dikenakan kompaun tidak masuk akal itu hanya penjaja kecil.

Walau bagaimanapun, ramai bersetuju dengan ayat ‘mendalam’ yang disampaikan oleh pemberita tersebut selain memuji tindakan beraninya menegur pihak yang sepatutnya.