Gara-gara isu Neelofa, nama Fazura trending di Twitter

DISEBABKAN isu yang melanda pengacara terkenal, Neelofa secara tidak langsung menyebabkan nama Fazura trending di laman Twitter.

Walau bagaimanapun, nama Fazura menjadi sorotan bukan kerana kontroversi tetapi berkaitan tindakan netizen yang berang dengan kadar hukuman diterima Neelofa akibat melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, ramai tidak berpuas hati dengan gambar dimuat naik Neelofa di Instastory yang menyatakan bahawa dia mahu menjamah burger sebagai hidangan moreh. Namun, gambar tersebut telah dipadam.

Ciapan yang membabitkan nama isteri pelakon popular, Fattah Amin itu telah di ulang ciap lebih 72,500 kali oleh pengguna Twitter.

Menurut seorang pengguna Twitter @sarrahkhan_, ibu saudaranya pernah menaiki kapal terbang yang sama dengan Fazura ketika bertugas. Dia juga menambah bahawa, Fazura adalah seorang yang sangat rendah diri dan baik kepada orang lain.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoal buat masa ini, jika Neelofa terpalit dengan kontroversi, ramai yang pergi kepada Fazura. Di masa akan datang, bagaimana jika Fazura pula terpalit kontroversi? Adakah orang akan pergi kepada Neelofa semula? Selain mempersoalkan bila orang ramai mahu sedar bahawa manusia itu kadang-kala melakukan kesilapan.