Sebahagian kerangka besi projek pembinaan LRT3 runtuh, tiada kemalangan jiwa

KLANG, 17 Jun  — Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di sini runtuh dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.00 pagi namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata susulan kejadian itu juga, jalan di lokasi berkenaan ditutup di kedua-dua arah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Beberapa lencongan juga dibuat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan itu. Anggota trafik turut mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dan setakat ini, situasi pergerakan kenderaan di situ adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beberapa video keadaan runtuhan kerangka besi itu dimuat naik orang awam dan tular di laman Facebook sejak pagi tadi.

 

 

Credit : BERNAMA

Most Popular

**DIKEMASKINI: Didakwa terlibat kes rogol, cabul serta seks luar tabii, enam laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...