PDRM perkenal sistem aplikasi MyPelawat pantau pergerakan orang awam di Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan sistem aplikasi MyPelawat yang bertujuan memantau pergerakan keluar masuk orang awam di ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata sistem aplikasi itu juga bertujuan mengekang penularan COVID-19 di semua premis pasukan, selaras dengan protokol yang diumum Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata setakat ini sistem berkenaan hanya diperkenalkan di peringkat Bukit Aman sahaja dan ia akan diperluaskan ke semua peringkat ibu pejabat kontinjen, ibu pejabat daerah serta balai polis seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Menurutnya orang awam kini boleh mengisi butiran diri menerusi sistem berkenaan untuk melakukan urusan di Bukit Aman yang sebelum ini hanya boleh dilakukan secara manual, dan semasa ditanya mengenai keselamatan data maklumat orang awam yang menggunakan sistem ini, katanya kesemua data disimpan dalam rekod PDRM.

“Kesemua data pelawat akan disiimpan dalam rekod PDRM, kami mempunyai data bank sendiri…maka segala rekod jumlah pelawat di Bukit Aman akan diperolehi secara langsung dan PDRM dijangka berterusan menggunakan sistem ini walaupun tempoh penularan wabak COVID-19 berakhir,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran sistem MyPelawat itu di Bukit Aman, di sini.

 

 

Credit : BERNAMA

Most Popular

Bakal pengantin dituduh cuba perkosa, cabul housemate tunang

SEORANG pekerja pembersihan yang bakal berkahwin Mac tahun depan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas pertuduhan cuba merogol dan mencabul...

Wanita stres batalkan niat nak bunuh diri sebab ternampak buaya

GARA-GARA ternampak kelibat buaya, seorang jurutera sebuah syarikat swasta di Klang, Selangor membatalkan hasratnya membunuh diri selepas terjun ke dalam sungai di...

Bapa ingatkan Da’i Syed jangan perguna agama

SELEPAS nama anaknya viral dalam media sosial semalam kerana terlibat dengan dakwaan serius merogol seorang wanita, bapa kepada pendakwah muda Da’i Syed...

Nenek berumur 100 tahun mati terkejut ketika cuba diperkosa jiran

SEORANG lelaki di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun ketika dia cuba merogol mangsa,...