Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

Selepas hampir 3 bulan masjid dan surau terpaksa ditutup bagi tujuan memutuskan rantaian Covid-19, akhirnya seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat menarik nafas lega apabila ia kembali dibuka untuk orang awam.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru umat Islam untuk bersama kembali menghidupkan kembali masjid dan surau untuk solat fardhu berjemaah selepas melihat tahap kehadiran jemaah masih kurang.

Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan. Bermula semalam, masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau serta zon kuning di WP mula dibuka dengan had kapasiti satu pertiga (1/3) daripada jumlah had kapasiti dewan solat utama. “Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam WP bagi yang berhampiran, pastikan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – Katanya.

Dr Zulkifli turut berkongsi gambarnya bersolat di Masjid Besi Putrajaya dan mengucapkan rasa syukur selepas 100 hari memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.

Alhamdulillah genap 100 hari di sini dengan izin-Nya. Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Tuesday, 16 June 2020

Kredit: Facebook Dr. Zulkifli

Most Popular

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...