PSM Akan Lakukan ‘Bedah Siasat’ Bersama Jururunding, Kontraktor Padang SNBJ

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyurarat ‘post mortem’ bersama

juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal minggu hadapan.

 

Pengumuman itu dibuat PSM menerusi satu ciapan di X.

PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas sebaik proses bedah siasat selesai.

Sebelum ini, Malaysia tewas kepada Oman 0-2 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dilangsungkan di SNBJ.

Keadaan padang dan rumput SNBJ mengundang pelbagai reaksi peminat bola sepak tanah air. Beberapa hari sebelum perlawanan berlangsung tular di media sosial keadaan padang menerusi rakaman drone yang dimuat naik di Youtube.