Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyurarat ‘post mortem’ bersama
juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal minggu hadapan.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat ‘post mortem’ bersama juruperunding dan kontraktor padang SNBJ pada awal minggu hadapan. PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklumbalas selepas ‘post mortem’.#StadiumNasional #PSM
— Stadium.Malaysia 🏟️🇲🇾 (@StadiumMalaysia) March 28, 2024
Pengumuman itu dibuat PSM menerusi satu ciapan di X.
PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas sebaik proses bedah siasat selesai.
Sebelum ini, Malaysia tewas kepada Oman 0-2 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dilangsungkan di SNBJ.
Keadaan padang dan rumput SNBJ mengundang pelbagai reaksi peminat bola sepak tanah air. Beberapa hari sebelum perlawanan berlangsung tular di media sosial keadaan padang menerusi rakaman drone yang dimuat naik di Youtube.