Tol Percuma Di Semua Lebuhraya Sempena Aidifitri Pada 8 dan 9 April

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April 2024 sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kesemua pengguna lebuhraya boleh menikmati tol percuma bermula 12.01 pagi, 8 April dan berakhir pada 11.59 malam 9 April 2024.

 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.