PM berlepas ke Turkiye malam ini, dana RM20 juta berjaya dikumpul!

DALAM sidang Dewan Rakyat hari ini, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM20 juta untuk digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan di Turkiye dan Syria.

Dana itu termasuk AS$2 juta yang disumbangkan Kerajaan Persekutuan dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Anwar yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-10 turut memaklumkan akan berlepas Turkiye malam ini.

Lawatan itu adalah untuk memberi sokongan moral kepada rakyat negara yang dilanda bencana itu.

“Kita telah pun berjaya mengumpul RM20 juta, termasuk AS$1 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan AS$1 juta daripada Tuanku Sultan Johor, serta sumbangan beberapa syarikat tempatan lain.”, kata Anwar.

“Saya juga diminta oleh Presiden Turkiye, kalau boleh untuk segera ke sana secara peribadi bagi memberi sokongan moral.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan

“Dan, saya sedang mempertimbangkan sama ada akan bertolak ke Turkiye malam ini, kerana beberapa pemimpin negara lain telah sampai ke sana,” tambahnya.

Gempa bumi yang melanda Turkiye pada 6 Februari lalu telah meragut lebih 25,000 nyawa. Bilangan mangsa yang cedera pula mencecah 90,000 orang. Sebanyak 12,000 buah bangunan dilaporkan telah musnah disebabkan oleh gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter itu.

Sumber gambar – Malakat Tribune & Wikipedia | Sumber laporan – Malakat Tribune