PM Anwar Tidak Gentar Isytihar Harta Miliknya

“SAYA tak ada masalah, saya antara orang yang isytihar harta. Yang tidak (isytihar harta) itu dia (Tun Dr. Mahathir Mohamad)”.

Itu reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai cabaran oleh Dr. Mahathir berhubung isu pengisytiharan harta sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 hingga 1998.

“Baru ini saya isytiharkan, berapa? RM11 juta, itu harga rumah di Segambut.

“Yang itu bukan rahsia, itu diketahui umum,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Malaysia Madani @ Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir mencabar kembali Anwar mendedahkan kekayaan dimiliki ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Cabaran itu menyusul sehari selepas Anwar mengulangi gesaan dan cabarannya supaya bekas Perdana Menteri itu sebanyak dua kali, mendedahkan segala aset yang dimilikinya, selain anggota keluarga, lapor Kosmo!

Sumber gambar – The Citizen | Sumber laporan – Kosmo Digital