‘Pak Guard’ Sekolah Cedera Diserang Dengan Parang Dan Kerambit

Gambar : Harian Metro

PENGAWAL keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kerambit.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian 5 petang kelmarin apabila mangsa yang berusia 47 tahun sedang berada di pos pengawal dan didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa.

“Mangsa cedera di bahagian rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek terbabit giat dijalankan. Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan,” katanya dalam kenyataan media.

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro