“Kehilangan anak saya masih belum dijumpai hingga kini”- luahan seorang Bapa kehilangan anaknya setelah 8 bulan masih belum ditemui.

Ibu Bapa mana yang tidak sayangkan anak. Lebih lagi jika anak yang kita sayang hilang dan tidak muncul serta serta merta. Kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi membuatkan ayahnya, Mohd Fauzi meluahkan rasa sedihnya di laman Facebook.

“Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari ke 245 bersamaan 8 bulan 3 hari anak saya hilang.

“Kehilangan anak saya masih belum di jumpai hingga kini. Pelbagai cubaan dan dugaan kami hadapi. Pelbagai fitnah turut dilontarkan.

“Kami redha dengan ketentuan Nya. Di dalam hati tidak pernah berputus asa mencari zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan-rakan berdoa bersama, supaya pencarian anak kami, zahir, di temui,” tulisnya dengan sebak.

Sementara itu, Fauzi turut meluahkan rasa rindunya terhadap anaknya yang sudah lapan bulan tidak ditemui.

“Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir anakku.

“Ya Allah, Kau yang maha mengetahui segalanya, aku berserah kepada mu ya Allah, temukanlah anak ku zahir,” ujarnya lagi.

Lantas, perkongsian serta luahan sebagai seorang Ayah tersebut meraih 1,800 perkongsian, 2,200 tanda suka serta 859 komen yang positif dari warga maya di Facebook.

Muhammad Zahiruddin berusia lapan tahun, telah di kesan hilang dan di buat laporan ke balai polis Bangi pada 16 Mac 2019.

Fizikal Zahir mempunyai bentuk rambut yang lurus, warna hitam dan pendek, warna mata hitam, warna kulit yang cerah, bulu kening sederhana, bentuk hidung yang sederhana, bibir nipis serta bentuk badan yang kurus.

Sebarang pertanyaan dan mencurigakan boleh terus menghubungi SJN Farah Nadia Mohd Hashim, di talian 012-3600232 atau hubungi IPD Kajang di talian 03-87362222.