5 maut akibat rempuh belakang lori

Kredit- Berita Harian

Kejadian kemalangan berlaku melibatkan lima penumpang dalam stu kenderaan maut akibat merempuh bahagian belakang lori di Lebuhraya Utara Selatan, Kuala Kubu Bharu.

Turut difahamkan, kejadian yang berlaku lingkungan 5 pagi, mangsa juga memandu kereta jenis Perodua Myvi, Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52, serta empat penumpangnya, Jamilah Jalim @Jamil, 47, Bashirah Jalim@Jamil, 49, Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kredit- Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kereta Perodua Myvi dinaiki kelima-lima mangsa merempuh sebuah lori membawa muatan buah dari arah belakang.

“Kemalangan ini berlaku ketika lori terbabit dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun yang dalam perjalanan dari Selama menuju ke Selayang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh kereta Perodua Myvi di lorong kiri lebuh raya terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan empat penumpang kereta Myvi terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Tambah Azman, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dipetik Berita Harian.