“Kaki macam ranting, bangau lah, kurus sangat lah” Nadya Syahera akui tertekan dengan kritikan netizen

“Body Shaming” sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai bentuk badan yang gempal. Namun apa yang berlaku kepada pelakon Nadya Syahera mungkin berbeza apabila dia sering menjadi sasaran netizen yang mempertikaikan bentuk fizikalnya yang kurus.

Bercakap kepada The News sebentar tadi, dia akui agak tertekan dengan kata-kata orang di luar sana yang sering bercakap soal fizikalnya yang semakin kurus.

Jujurnya kata Nadya memiliki bentuk badan yang sememangnya kecil tidak menyebabkan dia risau akan kenaikkan berat badan sejak dari dahulu, namun jelasnya beratnya tidak pernah menurun pun malah masih sama.

“Memang tertekan bila asyik ditanya benda yang sama benda kenapa makin kecil walhal berat sama sahaja. Malah lebih teruk ada yang mengaitkan fizikal saya dengan ranting lah tiang letrik lah.

“Bila asyik dengar perkara yang sama memang geram. Malah sebab kata-kata mereka ini juga buat saya nak ambil makanan tambahan untuk naikkan berat badan. Tetapi fikir balik buat apa mahu puaskan hati mereka asalkan saya sihat sudahlah,” katanya

Sementara itu kata Nadya dia tidak teragak-agak untuk meneruskan dengan saman jika ada diantara mereka di luar sana yang terus mempertikaikan bentuk fizikalnya dengan kata-kata yang tidak baik.

“Buat masa ini saya tidak terfikir untuk saman tetapi kalau sudah teruk sangat mungkin saya tidak akan teruskan. Siapa tahu,” katanya lagi.

Sementara itu menolak berat badannya ini ada kaitan dengan emosi. Kata Nadya mungkin faktor penat bekerja dan menjaga anak membuatkan badanya kelihatan lebih kecil kini.

“Tidak ada kaitan dengan emosi sebab saya memang tidak melayan apa-apa yang menganggu fikiran saya.

“Mungkin faktor penat bekerja dan uruskan keluarga,”jelasnya.