Kancil ‘legend’ Tiktok akhirnya tewas!

PERNAH tular sejak tiga tahun lalu, sebuah kancil yang usang tidak berbumbung tetapi masih ‘steady’ dijalan raya akhirnya telah disita oleh pihak berkuasa pagi tadi.

Dalam pada itu, polis juga telah mengeluarkan saman atas kesalahan tiada lesen memandu terhadap pemandu kereta jenis Perodua Kancil tersebut.

Lelaki berusia 47 tahun berasal dari Raub, Pahang itu disaman ketika memandu kereta berwarna kuning berkenaan di Bandar Metropolitan, Kepong.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan dan tayar depan kanan pecah.

Kancil usang yang pernah viral di Tiktok

“Pemandu itu kemudian menunjukkan sebuah lagi kereta Kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin belakang kiri pecah…

….Kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna lain”, tambahnya. 

Kenderaan terbabit telah disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian