Kuat melatah sampai berjoget tepi jalan, Abang lori ‘Tenonet’ sakat kawan!

TIDAK dinafikan, individu yang kuat melatah kerap kali dijadikan bahan usikan orang sekeliling. Aksi mereka yang mudah terkejut itu kadang-kala boleh menghiburkan dengan pelbagai reaksi di luar jangkaan. Sehingga ada orang yang tidak kering gusi melihat ragam mereka.

Terbaharu, tular sebuah video dikongsi oleh pengguna Tiktok bernama Long Jebat atau @jebattruckkers yang menyergah rakannya keluar dari pintu kereta. Hanya dengan membunyikan hon lori ‘tenonet’, rakannya terkejut dan terus melatah sambil berjoget ‘kipas sate’ di tepi jalan raya.

Tiktok Long Jebat

Bukan sekali, malah Long Jebat sengaja menekan hon untuk kali kedua dan rakannya sekali lagi membuat reaksi lucu latahnya yang kelihatan seperti ‘kanak-kanak ribena’.

Ramai yang terhibur melihat reaksi melatah lelaki tersebut walaupun ada di antara mereka risau kerana ia berlaku di tepi jalan raya. Walau apa pun, tidak salah untuk kita menyakat kawan kuat latah tetapi mesti lihat keadaan sekeliling terlebih dahulu kerana risau ia akan membahayakan nyawa.