Facebook, Instagram, WhatsApp ‘down’, ramai luah kecewa di Twitter

Background photo created by freepik - www.freepik.com

DIANGGARKAN jutaan pengguna laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp menghadapi masalah gangguan akses kepada aplikasi tersebut sebentar tadi.

Malah, tanda pagar #Whatsapp menduduki carta trending nombor satu di Malaysia menerusi laman Twitter.

Antara ciapan di laman Twitter.

Lebih 237,000 ciapan dicatat tentang masalah tersebut setakat artikel ini ditulis.

Bagaimanapun tiada lagi apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pembangun ketiga-tiga aplikasi tersebut.

Kejadian turut dipercayai membabitkan beberapa negara lain.