Dos penggalak orang Melayu kurang 50 peratus – KJ

KADAR vaksinasi bagi dos penggalak hanya merekodkan kurang 50 peratus dalam kalangan masyarakat melayu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kesedaran yang lebih perlu diberi tumpuan khususnya di platform media sosial.

Secara keseluruhan, pemberian dos penggalak harian mula meningkat semula berikutan gelombang Omicron yang pantas merebak ketika ini.

“(Sebanyak) 80 peratus masyarakat Cina ‘boosted’ (menerima suntikan dos penggalak). Namun perlu komunikasi yang lebih mantap di Facebook sebab Melayu kurang 50 peratus,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter hari ini.

Setakat semalam (10 Februari), berdasarkan peratusan data liputan dos penggalak mengikut bangsa di seluruh negara yang dikongsikan Khairy, masyarakat Melayu merekodkan sebanyak 47.9 peratus individu yang telah menerima dos penggalak, Cina (81.3 peratus), India (56.4 peratus), Orang Asli dan Peribumi (49.6 peratus) dan lain-lain (50.6 peratus).

KJ bagaimanapun memuji Sarawak yang merekodkan peratusan tertinggi individu yang menerima dos penggalak iaitu sebanyak 76.8 peratus.

Dalam ciapan berasingan, Khairy yang turliputan dos penggalak COVID-19 perlu diberi tumpuan terutamanya di Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Dalam pada itu  beliau turut menegaskan kepada majikan agar menaik taraf sistem pengudaraan di pejabat masing-masing jika perlu mengadakan mesyuarat secara fizikal sebagai langkah berjaga-jaga.

“Anda (majikan) layak mendapatkan potongan cukai untuk menaik taraf sistem pengudaraan di pejabat anda. Kemudahan ini dilanjutkan sehingga akhir 2022. Maklumat lanjut menerusi @LHDNMofficial,” katanya lagi.