Penyanyi lagu Aishiteru dipenjara 18 tahun kerana edar dadah & 24 ribu pil ecstacy

PENYANYI band Indonesia terkenal yang terkenal dengan nyanyian lagu Aishiteru kini bakal meluangkan masanya di penjara setelah didapati terlibat dengan pengedaran dadah.

Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zul yang merupakan vokaslis kumpulan Zivilia itu ditahan apabila mempunyai sejumlah dadah jenis syabu untuk pengedaran.

Serbuan pihak polis telah menemui dadah seberat 9.5 kilogram serta 24 ribu biji pil ecstacy.

Pada bulan Mac 2019 Zul ditangkap oleh polis sebab terlibat dengan dadah dan memiliki kuantiti dadah yang banyak.

Mahkamah pada awalnya memutuskan agar penyanyi tersebut dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Isterinya, Retno Paradinah tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu terduduk di tepi jeriji besi kerana suami tercinta terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara.

Melihat kepada nasib suaminya itu, Retno turut dikatakan menangis sehingga mengalami histeria.

Setelah menjalani beberapa prosiding mahkamah, hukuman terhadapnya telah dikurangkan kepada penjara 18 tahun.

Manakala tiga lagi rakannya itu dijatuhkan hukum penjara selama 20 tahun dan seumur hidup.