Macam dalam filem! Penerbangan KL-Tawau mendarat cemas di Kuching kerana kehadiran ular

UMPAMA adegan filem! Itu yang boleh dikatakan apabila tular sebuah video yang menunjukkan seekor ular dilihat sedang menyusur di bahagian dalam lampu pesawat.

Ya! Ular! Kejadian yang dikongsi seorang pengguna TikTok, edal8808 juga mengundang rasa cemas para penonton.

Penerbangan domestik AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah didakwa terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak apabila seorang penumpang menemui seekor ular di dalam pesawat berkenaan.

Berikutan kejadian itu, pesawat tersebut dikatakan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Kuching.

@edal8808

Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp

♬ Suspense Music – Sound Collective

Menerusi laporan Therakyatpost, Ketua Pegawai Keselamatan Captial A, Kapten Liong Tien Ling menjelaskan pihak mereka sedia maklum dengan insiden berkenaan.

Beliau berkata keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk membersihkan pesawat tersebut.

Kapten Liong bagaimanapun berkata tiada kecederaan dilaporkan membabitkan penumpang.

Sumber: TRP