Bayi cukup sifat ditemui dalam plastik

POLIS menemui seorang bayi lelaki dalam keadaan cukup sifat dan masih hidup di Kampung Sg Penchala TTDI semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni, pihaknya menerima laporan pengadu pada jam 11.02 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati bayi yang dijumpai merupakan bayi lelaki yang baru lahir.

“Bayi dalam keadaan cukup sifat dan dijumpai di dalam plastik di hadapan rumah berkenaan.

Dalam pada itu, polis turut menjalankan siasatan terhadap pemilik rumah berkenaan.

Bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.