Petugas kesihatan dipecat selepas kantoi buat hubugan intim dalam ambulans

Car photo created by rawpixel.com - www.freepik.com

DUA petugas kesihatan unit kecemasan dipecat selepas ditangkap kerana disyaki melakukan hubungan intim di dalam sebuah ambulans baru-baru ini.

Salah seorang pelaku tersebut, Emma Croydon dikatakan memandu kenderaan miliknya sendiri ke tempat letak kenderaan kelab bola sepak Portsmouth FC sebelum masuk ke bahagian belakang sebuah ambulans, lapor Kosmo.

Pemandu ambulans turut sama dilihat masuk ke bahagian belakang kenderaan tersebut.

Ketika dua pengawal keselamatan mendekati ambulans tersebut, mereka terkejut apabila mendapati Emma dan lelaki tersebut sedang menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mereka dipecat atas kesalahan salah laku selepas siasatan dijalankan.

Emma bagaimanapun menegaskan pengawal keselamatan yang menangkap mereka telah berbohong tentang kejadian itu.

Ketika kejadian, Emma yang merupakan penjaga ambulans tersebut dikatakan mengambil cuti sakit apabila petugas keselamatan mendakwa melihat kenderaan itu masuk ke dalam stadium bola sepak Fratton Park di mana satu unit pusat pemindahan darah sedang beroperasi.

Ambulans dan kenderaan Emma diparkir bersebelahan antara satu sama lain sebelum dia  dilihat masuk ke dalam ambulans tersebut. 

Panel menggugurkan dakwaan Emma dengan mengatakan bahawa dia tidak percaya pengawal keselamatan itu menipu, malah perbuatan kedua-duanya turut dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Sumber: Kosmo