Umpama ‘buy 1 free 1’, lelaki India ini senyum lebar kahwini sepasang kembar sekaligus

SEPASANG adik beradik kembar yang dikenali sebagai Rinki dan Pinki Padgaonkar mencetuskan sensasi di India apabila mereka mengahwini seorang lelaki secara serentak, lapor livemint.

Ya! Bermakna pasangan kembar ini berkongsi suami yang sama.

Dalam majlis yang diadakan secara meriah di Solapur, perkahwinan itu dilihat berjalan lancar tanpa sebarang bantahan.

Rinki dan Pinki yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat (IT) mengahwini suami mereka, Atul, yang juga rakan mereka sejak kecil.

Pengantin lelaki dilaporkan memiliki perniagaan agensi pelancongan di Mumbai..

Video majlis perkahwinan mereka itu tular di laman sosial sekitar India dan mengejutkan ramai pihak.

Majlis yang berlangsung pada Jumaat lalu turut mendapat restu  kedua-dua keluarga.

Bagaimanapun pihak polis tempatan telah memulakan siasatan terhadap perkahwinan itu.

Beberapa badan kerajaan turut menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang didakwa melanggar akta tempatan.