Suami kantoi curang cacat kekal disimbah asid oleh isteri

SEORANG lelaki bergelar suami mengalami cacat kekal selepas disimbah asid oleh isterinya.

Lebih perit, air campuran cuka dan asid ke muka disimbah ke bahagian muka mangsa.

Suspek yang dikenali sebagai Fitriyani, dilaporkan melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Gudang Pupuk Dusun Lingga Kuamang, Kabupaten Bungo dalam wilayah Jambi.

Fitriyani, 41, dikatakan berasa marah selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain dan merancang perbuatan itu dengan niat.

“Ketika disoal siasat polis, suspek berkata bahawa dia tidak sanggup menanggung rasa sakit hati kerana dicurangi dan tidak menyesal menyimbah campuran cecair itu ke muka suaminya.

“Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa mengalami kesan melecur serius di bahagian mata dan wajahnya,” kata Ketua Polis Kabupaten Bungo, Asisten Komisioner Besar, Guntur Saputro

Dumber: Kosmo