Sektor pelancongan Thailand ‘meroket’ selepas benar penggunaan ganja

berita-luar-negara
Cbd photo created by jcomp - www.freepik.com

PERDANA Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha berkata kerajaannya menjangkakan kira-kira 10 juta pelancong asing melawat Thailand menjelang akhir tahun ini.

Lebih menarik, kebanyakan mereka dikatakan melancong kerana mahu mengambil ganja.

Negara gajah putih itu mengeluarkan tumbuhan ganja daripada senarai narkotik berbahaya pada 9 Jun lalu, menjadikan orang ramai bebas untuk menanam dan menjualnya.

Bagaimanapun pengeluaran dan penggunaan ganja hanya dibenarkan untuk kegunaan perubatan.

Kebenaran hanya diberikan kepada ganja berpotensi rendah mengandungi kurang daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol daripada sebatian halusinogen.

Kerajaan Thai tidak menggalakkan penggunaan ganja secara rekreasi dan menyatakan, sesiapa yang ditangkap menghisap ganja di tempat awam boleh didakwa di bawah Akta Kesihatan Awam akibat ‘gangguan bau’ dan berdepan denda 25,000 baht (RM3,146) serta penjara tiga bulan.

Namun, undang-undang itu dilihat lebih longgar di Koh Samui.

Sumber: Kosmo