Rina Harun anjur Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat, beras & telur sepapan hanya RM10

berita-semasa

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mendapat pujian ramai apabila tampil dengan inisiatif untuk mengadakan Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat yang berlangsung pada Ahad.

Menerusi perkongsian beliau di laman media sosial rasminya, karnival yang diadakan di Dewan Komuniti, Taman Putra Perdana itu dilihat menawarkan jualan barangan keperluan dapur kering dan basah dengan harga yang jauh lebih murah.

Antara barangan yang ditawarkan

Antara barangan yang ditawarkan ialah seperti bawang, kentang, bihun, gula dan susu pekat dijual dengan harga RM1 sahaja.

Beras dan telur (sepapan) hanya dijual dengan harga RM10.

Beras juga dijual dengan harga jauh lebih murah

“Alhamdulillah Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada penduduk Taman Putra Perdana dan sekitar.

“Pelbagai barang kering keperluan dapur seperti bawang, kentang, bihun, gula dan susu pekat dijual dengan harga RM1 saja manakala beras, dan telur sepapan hanya RM10,” tulis Rina.

Orang ramai menyerbu Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat

Selain itu, Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat turut menawarkan ikan segar dibawa terus dari jeti termasuk ikan pari, kerisi, selayang, cencaru, kembong, sotong dan udang.

Jelas Rina, inisiatif ini diambil bagi membantu penduduk berdepan dengan inflasi dan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Suasana sekitar Karnival Jualan Murah Prihatin Rakyat

“Inilah inisiatif saya untuk membantu penduduk berdepan dengan inflasi dan kos sara hidup yang semakin mencabar. Jihad ekonomi untuk rakyat.

“Sebanyak 500 kupon subsidi diberikan khusus untuk mereka yang terawal. Semoga memberi manfaat dan meringankan beban rakyat.

Rina meluangkan masa bersama pengunjung

Program yang bermula sejak pukul 9 pagi itu turut dihadiri YBhg. Dato’ Haji Suhaimi Mohd Ghazali, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Saudara Ts. Shahmi Shamsuddin Naib Ketua ARMADA Selangor merangkap Ketua Armada Bersatu Sepang serta CEO YKN, Puan Nordina Harun.