Remaja maut selepas ‘ketagih’ hidu semburan deodoran

Remaja maut selepas ‘ketagih’ hidu semburan deodoran

DEK kerana kerap menghidu semburan daripada botol deodoran bagi melawan masalah keresahan yang dialami, seorang remaja dari negeri New South Wales, Australia, maut disyaki akibat serangan jantung.

Brooke Ryan, 16, dilaporkan berjuang untuk melawan masalah kesihatan mental dialami yang semakin memburuk semasa perintah berkurung ketat Covid-19 dilaksanakan di Australia, lapor Kosmo.

Mayat gadis itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidurnya, di sebelah botol deodoran dan sehelai tuala teh.

Ibunya Broke, Anne Ryan, percaya bahawa anaknya mati mengejut akibat tabiat menghidu semburan deodaran. 

Meskipun laporan bedah siasat belum dikeluarkan, terdapat beberapa indikator yang menunjukkan gadis itu mati akibat serangan jantung.

“Brooke ialah seorang gadis yang cantik dan baik hati. Kami berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa kematiannya memberi kesan mendalam terhadap ramai orang,” katanya.

Beberapa kawasan di Australia dilaporkan mempunyai trend baharu, di mana golongan remaja menjadikan aktiviti menghidu bau semburan deodoran sebagai kegilaan mereka.

Bahan kimia aerosol itu kini diletakkan di dalam bekas berkunci di kedai-kedai bagi menghalang remaja daripada mengakses produk berkenaan untuk tujuan salah.

Sumber: Kosmo