Peminat bimbang kesihatan mental Britney Spears selepas kongsi belasan keping gambar bogel

Peminat bimbang kesihatan mental Britney Spears selepas kongsi belasan keping gambar bogel

PENYANYI Britney Spears yang terkenal dengan lagu Baby One more Time mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan peminatnya apabila dia memuat naik 12 foto gambar bogel di Instagram miliknya sejak beberapa jam lalu.

Menerusi beberapa siri perkongsian, Britney yang kini sedang hamil anak ketiga memberitahu gambar tersebut diambil ketika bercuti di Mexico.

“Beberapa foto terakhir saya ketika berada di Mexico, sebelum ada bayi dalam perut saya. Kenapa saya kelihatan 10 tahun lebih muda?”

Dalam perkongsian seterusnya, dia menulis menyatakan pula rasa sayang kepada pengikutnya.

Ia bukan sahaja membuatkan segelintir peminat khuatir dengan tahap kesihatan mentalnya, malah mereka menganggapnya sebagai tidak normal.

“Ini adalah tidak normal,” tulis peminatnya.

Ada juga antara mereka yang berseloroh atas perkongsian gambar-gambar tersebut.

“Anda kongsikan gambar ini secara percuma, ia sepatutnya berbayar,” tulis seorang pengikutnya.

Spears yang selama berada di bawah konservator untuk tempoh 13 tahun akhirnya kembali bebas November lalu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Spears bersifat terbuka memuat naik gambar bogelnya di laman Instagram.