Pintu Pesawat Alaska Airlines Yang Tercabut Sah Dikeluarkan Oleh Syarikat Malaysia

 

Baca : [Video] Tulisan ‘Made In Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Yang Tercabut

Sebelum ini tular pintu pesawat Alaska Airlines yang tercabut bertulis ‘Made in Malaysia’ apabila pintu pesawat tersebut ditemui di perkarangan rumah seorang guru di Portland pada 7 Januari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) telah mengesahkan bahawa pintu Boeing 737 MAX 9 milik Alaska Airlines yang tercabut hingga menyebabkan pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Portland, Oregon, Amerika Syarikat pada awal bulan ini dikeluarkan di Malaysia.

Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy berkata, pintu itu dikeluarkan oleh Spirit AeroSystems di Malaysia sebelum dihantar ke pembekal Boeing di Wichita, Kansas.

Menurutnya lagi, pihak NTSB juga akan menyelidik maklumat berkaitan pengeluaran, pengangkutan, pemasangan serta pemeriksaan kualiti sepanjang proses itu.

“Buat masa ini kami tidak mempunyai petunjuk di mana dalam proses ini ia terjadi. Ia (kesilapan) boleh berlaku di mana sahaja sepanjang proses, dan kami tidak hanya menumpukan pada pengeluaran,” katanya.

Sumber : Harian Metro