[Video] Tulisan ‘Made In Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Yang Tercabut

Seorang guru menemui pintu pesawat milik Alaska Airlines yang dilaporkan tercabut dalam penerbangan baru-baru ini.

Pintu pesawat itu dilaporkan ditemui oleh guru Bob Sauer di Portland pada 7 Januari lepas di halaman rumahnya. Terdapat tulisan ‘Made in Malaysia’ pada pintu pesawat tersebut yang mencetuskan tanda tanya.

 

Menurut laporan OPB, Sauer terus menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTS) untuk memaklumkan penemuan tersebut.

Wakil NTSB ketika hadir memeriksa pintu pesawat terbabit terkejut melihat pintu yang dalam keadaan baik. Tulisan yang terdapat pada pintu pesawat itu ditulis menggunakan pen marker dakwat kekal.

BagaiBagmanapun pihak Boeing belum dapat menjelaskan perkara tersebut memandangkan ia masih dalam siasatan NTSB.

Sumber : Siakapkeli