“Kenapa Berubah Macam Tu Sekali?” – Fatiya Latiff Kongsi Gambar Dicium Lelaki

 

Bagai tiada kesudahan apabila Fatiya Latiff terus-terusan mengundang kontroversi ramai melalui media sosial.

Sebelum ini Fatiya yang kini dipercayai berada di Jepun mengundang perhatian dan pertanyaan apabila memuat naik gambar dipeluk lelaki dengan kapsyen ‘just married’.


Terbaharu, pelakon itu memuat naik gambar dicium seorang lelaki yang didakwa merupakan kekasihnya dengan kapsyen ‘corazón’ dalam Bahasa Latin yang bermaksud hati.

Gambar tersebut memaparkan Fatiya hanya memakai topi dan tidak mengenakan tudung.

Menerusi satu video lain bersama lelaki tersebut, Fatiya dilihat bersiar-siar bersama. Namun apa yang ditunjukkan di dalam video tersebut mengundang persoalan netizen.

“Why berubah mcm tu sekali. Daripada bertudung now buka semula dan openly tunjuk gambar kena kiss dengan bukan mahram

“Dasyattt eh awakkk.. Betul-betul mntak orang kecamm

“You seriously need help. But you in denial. You said you ok. You mengkhianati diri sendiri. You openly sharing your mistakes. Malu dekat family sendiri. Allah masih sayang semua orang and you. Bertaubat sebelum terlambat

Ramai yang meninggalkan komen memberi nasihat dan kata semangat agar Fatiya mendapatkan rawatan. Ada juga yang mempersoalkan keberadaan ahli keluarga yang lain.

Tak kurang berpendapat Fatiya inginkan perhatian dengan memuat naik sesuatu yang tidak sepatutnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)