Chiwan, Kai dan Dato’ Fizz Fairuz Muka Baharu Suria FM

 

Menerusi Tiktok Live stesen radio Suria FM, pihak mereka telah mengumumkan barisan penyampai untuk tahun 2024.

Seramai lapan orang penyampai radio yang bakal menerajui stesen tersebut tahun ini.

Walaupun terdapat petisyen untuk DJ Lin meletakkan jawatan, namun menerusi sidang media itu DJ Lin kekal sebagai penyampai dan Pengurus Besar.

Chiwan bakal digandingkan dengan Sharifah Shahirah menerusia segmen Suria Petang. Manakala Morning Morning Suria pula akan menyaksikan empat orang penyampai ke udara iaitu Ajak, Suraya, Kai dan juga Dato’ Fizz Fairuz.

Cik Piah turut dikekalkan sebagai penyampai.